Kredit gambar utama: Pexels
Botak mungkin merupakan salah satu masalah buat kebanyakan orang, baik lelaki mahupun perempuan.
Siapa yang tidak risau jika setiap kali menyikat rambut, segenggam rambut gugur. Semakin hari semakin menipis.
Jika korang ada masalah ni, kami ada berita gembira. Saintis dari Universiti Yonsei Korea Selatan telah menemui beberapa penawar bagi merawat penyakit ini.
Kajian yang diterbitkan dalam “Targeting of CXXC5 by a Competing Peptide Stimulates Hair Regrowth and Wound-Induced Hair Neogenesis” menunjukkan tikus makmal yang disuntik penawar biokimia yang dikenali sebagai PTD-DBM ini mula tumbuh dengan pantas.
“Kami telah menemui protein yang boleh mengawal penumbuhan rambut”, kata ketua penyelidik, Kang Yell Chou pada Esquire UK.
Sumber: Elite Readers
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.