Diet kopi? Apa itu? Okay, diet kopi ini satu kaedah yang melibatkan pengambilan beberapa cawan kopi sehari bagi mengelakkan pertambahan kalori. Dr Bob Arnott mendakwa bahawa dengan meminum beberapa cawan kopi setiap hari dapat meningkatkan kadar metabolisme, membakar lebih lemak, menghalang penyerapan kalori dengan cara mengurangkan selera makan anda.
Tapi jangan la minum kopi yang mengandungi gula dan krim. Itu bukan diet namanya. Bagi yang berminat boleh la cuba minum paling kurang tiga cawan kopi berkafein atau tanpa kafein setiap hari tanpa gula atau krim.
Manfaat diet kopi ini pertama sekali, ia meningkatkan kadar metabolisme anda dan kedua ia mengurangkan selera makan. Itu dia. Dua manfaat ini yang menyenangkan anda untuk diet supaya anda boleh dapat tubuh badan yang ideal.
Tapi risikonya pula adalah kandungan kafein yang tinggi boleh menyebabkan anda sakit kepala, insomnia dan tekanan darah tinggi. Diet kopi ini tidak sesuai dilakukan untuk jangka masa yang panjang. Tapi jika anda ingin mencuba, dapatkan nasihat dan pandangan doktor pakar terelbih dahulu.
Sumber: Web
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.