Bagi menzahirkan semangat patriotik, Muhammad Nasir Mustapha atau lebih mesra disapa Pok Sir, mengakui dia akan mengutip bendera yang dibuang sama ada di tepi jalan atau di mana-mana dan membawa balik ke rumah untuk dibersihkan sejak tahun 1998 lagi. Dan bendera-bendera tersebut akan digunakan sebagai hiasan di rumahnya.
Beliau yang menetap di Tanah Merah mengakui banyak menerima pelbagai sindiran daripada masyarakat akibat perbuatannya itu yang suka mengutip Jalur Gemilang yang dibuang di tepi jalan tetapi dia mengabaikannya bagi selami itu semangat cintakan tanah air.
Berusia 62 tahun, Pok Sir Bendera menyifatkan tabiatnya itu boleh memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk menghargai bendera Jalur Gemilang.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.