#Trending Senaman Yang Boleh Dilakukan Untuk Kecikan Peha Ada orang yang mempunyai bentuk badan seperti buah pear. Editor 01 Jun 2020, 08:11 AM Share Tweet Ada orang yang mempunyai bentuk badan seperti buah pear. Bahagian pinggul dan peha akan kelihatan lebih berisi dan akan kelihatan tidak seimbang dengan bahagian badan diatas. Sudah tentu orang yang mempunyai bentuk bdan seperti ini mencari jalan penyelesaian. Berikut merupakan senaman yang anda boleh lakukan untuk mengecilkan peha anda.Wall sitBerdiri tegak sambil bersandar pada dindingRehatkan tangan anada di dinding dan secara perlahan-lahan turunkan badan anda sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk di atas kerusi.Bertahan posisi tersebut selama yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula.Pastikan badan anda berasa dalam keadaan tegak semasa anda berada dalam posisi duduk.Lakukan senaman ini 5 kali setiap hari.Leg scissorsSenaman ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam.Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi.Angkat kedua-dua belah kaki lebih kurang 45 darjah.Silangkan kaki kanan di atas kaki kiri, kemudian tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan.Ulang lankah ini 12-15 kali untuk setiap set.Pusingan bulatanBaring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas (baring berbantalkan lengan anda) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda.Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh.Tarik nafas dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam.Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda.Buat pusingan tersebut sebanyak 5 kali sebelum mengulang langkah menggunakan kaki sebelah.Lakukan 10 set ini setiap hari jika anda mampu.Sumber: kevinzahri.com Share Tweet Filled Under : senaman untuk kecilkan peha kesihatan trending *Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.