Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Sukan Olimpik : Atlet Paling Banyak Kumpul Pingat

Jom kita semak balik sejarah pingat di Sukan Olimpik
Sofea Shahrol
08 Aug 2021, 04:00 PM

Memenangi pingat emas dalam sukan Olimpik pastinya impian tertinggi atlet professional. Ia tentu momen yang sangat membanggakan dan akan menjadi kenangan terbaik.

Di bawah ini merupakan senarai 7 orang atlet yang berjaya membawa pulang pingat terbanyak sepanjang Olimpik berlangsung. Untuk makluman, jumlah pingat yang dikutip ini merupakan gabungan jumlah pingat yang pernah dimenangi atlet tersebut dalam semua penyertaan mereka di Sukan Olimpik.

PAAVO NURMI (TREK) – FINLAND

pingat olimpik

12 pingat: 9 emas, 3 perak

Digelar "Flying Finn", beliau mendominasi acara larian pada awal abad ke- 20, menetapkan 22 rekod dunia pada jarak antara 1500 meter dan 20 kilometer dalam kariernya selama 14 tahun. Pada tahun 1923, beliau memegang rekod dunia serentak dalam kategori jarak 1 batu, 5000m dan 10000m, suatu pencapaian yang sejak itu tidak pernah dicatatkan mana-mana atlet lain. Persembahan Olimpik terhebatnya muncul di Sukan Paris 1924 di mana beliau memenangi 5 emas mengejutkan dalam acara 1500m, 5000m, berpasukan 3000m dan perlumbaan merentas desa berkumpulan dan individu. Beliau memecahkan rekod dunia dalam jarak 1500m dan 5000m dengan hanya satu jam jarak antara kedua perlumbaan itu.

TAKASHI ONO (GIMNASTIK) - JEPUN

pingat olimpik

13 pingat: 5 emas, 4 perak, 4 gangsa

la memerlukan usaha yang besar untuk memecahkan dominasi Soviet memenangi pingat emas gimnastik pada akhir 1950-an dan awa l 1960-an, tetapi Takashi Ono berjaya melakukannya dengan cemerlang terutama pada Sukan Roma 1960 dimana beliau merangkul 3 emas, 1perak dan 2 gangsa.

Pada masa itu, Ono sudah hampir ke penghujung kariernya pada usia 29 tahun. Namun, beliau meneruskan satu Olimpik terakhir di negara asalnya pada tahun 1964 dan membantu pasukan lelaki negara Jepun meraih emas kedua berturut­ turut di Tokyo, sebelum bersara sebagai ikon sukan Jepun.

EDOARDO MANGIAROTTI (LAWAN PEDANG) – ITALI

pingat olimpik

13 pingat: 6 emas, 5 perak, 2 gangsa

Dilahirkan dalam keluarga yang terkenal dalam sukan lawan pedang di ltali. Beliau dilatih untuk menjadi dominan dalam 2 disiplin lawan pedang - "epee" dan "foil".

Membuat penampilan pertamanya di Olimpik Berlin 1936 denga n emas epee berpasuka n, Mangiarotti tampil dalam empat lagi Suka n Olimpik selepas Perang Dunia Ke 2. Suka n Helsinki 1952 adalah saat kemuncaknya apabila memenangi emas dalam pertandingan pasuka n dan individu epee dan bertanding bersama adiknya Dario.

BORIS SHAKHLIN (GIMNASTIK) – KESATUAN SOVIET

pingat olimpik

13 pingat: 7 emas,4 perak, 2 gangsa

Boris Shakhlin dikenali sebagai “Manusia Besi”, mendominasi gimnastik lelaki pada awal 1960-an selama satu dekad. Kemuncak prestasinya muncul di Olimpik Roma 1960 di mana beliau meraih 4 emas, 2 perak dan 1 gangsa.

Beliau bersara pada usia 35 tahun, setelah mengalami serangan jantung.

NIKOLAI ADRIANOV (GIMNASTIK) – KESATUAN SOVIET

pingat olimpik

15 pingat: 7 emas, 5 perak, 3 gangsa

Menyertai Sukan Montreal 1976, merangkul 4 emas, 2 perak dan 1 gangsa dalam persembahan gimnastik yang dominan. Walaupun turut memenangi emas di Olimpik 1972 dan 1980, hanya di Montreal beliau memenangi emas kategori all around .

Adrianov bersara tidak lama selepas Sukan Moscow 1980 dan menjadi jurulatih terkena l untuk pasukan junior dan senior Russia serta pasukan gimnastik Olimpik Jepun. Beliau meninggal pada tahun 2011 di usianya 58 tahun akibat gangguan neurologi.

LARISA LATYNINA (GIMNASTIK) – KESATUAN SOVIET

pingat olimpik

18 pingat: 9 emas, 5 perak, 4 gangsa

Dalam tiga Sukan Olimpik dari 1956 hingga 1964, Latynina membantu Kesatuan Soviet sebagai kuasa dominan dalam gimnastik. Beliau melakukan penampilan sulung dalam Sukan Olimpik dengan 4 emas di Melbourne.

MICHAEL PHELPS (RENANG) – AMERIKA SYARIKAT

pingat olimpik

28 pingat: 23 emas, 3 perak, 2 gangsa

Michael Phelps berada dalam kelasnya tersendiri dan telah mencipta rekod yang mungkin tidak boleh dipecahkan - pingat Olimpik terbanyak (28), pingat emas terbanyak keseluruhan (23), pingat emas terbanyak dalam satu Sukan Olimpik (8 di Sukan Olimpik Beijing 2008) dan rekod dunia paling banyak dipecahkan untuk renang(39).

Sumber: Iluminasi

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}