Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Tak Tahan Tanggung Sakit Senggugut, Apa Cara Hentikannya?

Takkan lah tiap bulan kena hadap sakit yang sama...
Sofea Shahrol
08 Dec 2021, 10:30 AM

Ada tak sesiapa yang mengalami senggugut setiap kali period? Sebenarnya sakit period sebelum atau semasa period merupakan perkara normal, tetapi ia tidak normal jika berterusan sehingga akhir period.

Kesakitan boleh berlaku dari ketidakselesaan ringan hingga kekejangan yang teruk. Yang mendatangkan masalah bila senggugut kamu sangat teruk sehingga boleh menjejaskan rutin harian. Jadi tertanya-tanya, wujud ke cara hilangkan senggugut secara kekal?

tak tahan tanggung sakit senggugut, apa cara hentikannya?

Rawatan klinikal yang disarankan doktor untuk menghilangkan senggugut secara kekal

  • Peranti Progestin

Dipetik dari Hello Doktor, progestin merupakan hormon progesteron berbentuk sintetik dan ada beberapa jenis progestin yang boleh bantu menghentikan sakit period.

Seperti Suntikan Kontraseptif, di mana wanita bakal memerlukan suntikan kontraseptif setiap 3 bulan. Peranti Intrauterin (IUD) adalah alat berbentuk T yang dimasukkan ke dalam rahim. IUD progestin dapat bertahan selama 3-5 tahun.

Implantable Rod, situasi di mana doktor meletakkan rod yang nipis ini tepat di bawah kulit lengan. Setelah ditanam, ia akan melepaskan progestin secara berterusan untuk mencegah kehamilan. Rod yang ditanam perlu digantikan setiap 3 ke 5 tahun.

  • Kontraseptif Oral

Kontraseptif oral berfungsi dengan menggunakan hormon untuk mengelak ovari melepaskan telur. Pil kontraseptif oral boleh didapati dalam 2 jenis yang berbeza.

Pil progesterone-only, pil ini hanya mengandungi progesteron. Doktor boleh mempreskripsikan ubat ini untuk mereka yang tidak boleh mengambil pil gabungan. Pil gabungan, pil kontraseptif gabungan mengandungi estrogen dan progesteron. Hormon ini penting dalam kitaran haid

Kedua-dua bentuk kontraseptif oral dapat bantu menghentikan kesakitan.

Namun sebaiknya dapatkan khidmat nasihat doktor sebelum kamu pertimbangkan rawatan untuk menghilangkan senggugut secara kekal.

Sumber: Wanista

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}