Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

5 Tanda-Tanda Anda Sedang Menghadapi Krisis Suku Umur

Jangan biarkan sehingga melarat.
Editor
14 Nov 2019, 06:00 AM

5 tanda-tanda anda sedang menghadapi krisis suku umur

Kredit: Freepik

Mungkin ada yang dah pernah dengar perkataan ‘mid-life crisis’ atau krisis pertengahan umur? Bagaimana pula dengan ‘quarter-life crisis’ atau krisis suku umur?

Krisis suku umur biasanya terjadi pada mereka yang berumur 20an hingga pertengahan 30an. Di mana seseorang mengalami rasa tidak puas hati dengan kehidupan, terutama dalam pekerjaan, perhubungan dan kewangan.

Krisis ini selalunya timbul bila seseorang tidak diberi peluang untuk memilih sendiri jalan hidupnya, dan mereka tidak mempunyai hala tuju yang tetap dalam hidup. Adakah anda salah seorang yang mengalami krisis ini? Jom lihat lima tanda-tanda ini:

#1 Anda rasa tak gembira, walaupun dengan pelbagai pencapaian yang dikecapi

Walaupun berjaya menggenggam segulung ijazah dan dapat kerja tetap, tetapi masih tak gembira. Mungkin sebab pencapaian ini merupakan jangkaan masyarakat yang anda rasa anda perlu penuhi, walaupun semua itu bukanlah apa yang anda benar-benar inginkan.

#2 Anda rasa terperangkap dengan kehidupan anda

Anda rasa terpenjara dengan pekerjaan, perhubungan atau kekangan kewangan tetapi anda buntu dan tak tahu nak cari jalan keluar.

#3 Media sosial merupakan lubuk emosi negatif anda

Setiap kali anda buka media sosial, pelbagai emosi negatif menyerang. Rasa sedih, iri hati, tak puas hati, dan risau semuanya ada bila tengok update dari teman-teman. Jangan abaikan emosi-emosi ini; kerana ia boleh memberitahu anda apa yang sebenarnya anda inginkan dalam hidup. 

#4 Anda tidak pasti mengenai hala tuju hidup anda

Dari kecil hingga dewasa, perjalanan hidup kita rata-ratanya dicorakkan oleh mak ayah dan masyarakat. Sebab dah biasa sangat diberitahu apa yang perlu dibuat dan menurut ‘perintah’, akhirnya anda hilang jati diri dan arah hidup. Anda tak kenal dengan diri sendiri dan tak tahu apa yang perlu dilakukan untuk keluar dari masalah ini.

#5 Anda rasa pendapatan anda tidak mencukupi

Masalah kewangan sering menghantui; anda sering rasa pendapatan tidak mencukupi. Mungkin gaya hidup tak setaraf dengan gaji yang diterima? Anda mungkin boleh ambil tindakan tertentu seperti belanja mengikut bajet dan potong perbelanjaan yang tak perlu bagi memberi ruang kepada perkara yang anda benar-benar perlu dan inginkan.

Jangan stress! Krisis suku umur boleh diselesaikan…

Pada dasarnya, krisis suku umur ini berpunca daripada ketidakbebasan dalam membuat pilihan. Namun ia boleh diselesaikan dengan mudah jika kita memilih untuk mengikut keperluan dan keinginan diri!

Memahami dilema ini, Celcom Xpax tampil dengan pelan XP Lite™ yang fleksible bagi membolehkan anda menentukan sendiri pelan pasca bayar mengikut keperluan dan gaya hidup anda.

5 tanda-tanda anda sedang menghadapi krisis suku umur

Kredit: Celcom Xpax

Pelan pascabayar XP Lite™  ini menawarkan panggilan percuma tanpa had dan data 1GB pada harga pendaftaran serendah RM28 sebulan, tanpa sebarang komitmen. Menariknya lagi, anda boleh pilih salah satu daripada pas penambahan data iaitu Pas M dan Pas L.

5 tanda-tanda anda sedang menghadapi krisis suku umur

Kredit: Celcom Xpax

Untuk Pas M, anda cuma perlu tambah RM10 sebulan untuk dapatkan data tambahan sebanyak 7GB (4GB internet & 3GB Video Walla) sebulan atau tambahan RM30 untuk Pas L bagi menikmati 14GB (11GB internet & 3GB Video Walla) sebulan.

Nak lagi hebat? Untuk anda yang gunakan Pas L, anda boleh Gear Up untuk dapatkan telefon pintar Oppo A1K secara percuma atau telefon pintar terkini terpada harga serendah RM99!

Dan untuk anda yang guna pelan ini sekurang-kurangnya 6 bulan, ada berbagai ganjaran menarik menanti! Boleh dapat internet tanpa had setiap hari lagi! Memang berbaloi!

Kaki makan, jangan lepaskan peluang untuk Size Up sebab #CelcomXpaxBelanja #FreeForAll!

Anda teringin nak tambah ais krim daripada single scoop jadi double scoop? Terliur nak makan dua daging burger? Tukar minuman cawan kecil ke mug besar atau dapatkan satu pizza PERCUMA kalau beli dua pizza? Anda boleh Size Up dengan #CelcomXpaxBelanja, sebab ianya #FreeForAll!

Tak kiralah anda pengguna Celcom Xpax atau tak, anda semua boleh nikmati promosi ni di kedai-kedai berikut:

  • Inside Scoop (pada 3 Okt, 31 Okt & 28 Nov)
  •  MyPizzaLab (17 Okt & 14 Nov)
  •  Sweet Escape (3 Okt, 31 Okt & 28 Nov)
  •  MyBurgerLab (17 Okt & 14 Nov)
  •  Ice Cream Bar (3 Okt, 31 Okt & 28 Nov)
  •  Green Mug (mulai 12 Okt setiap Sabtu)

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}