Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Tempat Pelancongan Unik Di Pahang Yang Anda Boleh Pergi Hujung Minggu Ini!

Guna je BizZakat. Senang nak cari kedai makan, hotel, tempat bercuti dan sebagainya...
Izza Yatim
25 Aug 2022, 09:00 AM

Artikel ini ditaja oleh BizZakat

Dua Wanita Bergambar Di Mossy Forest

Kredit: muhd fuad abd rahim/shutterstock & freepik

Bulan Ramadan bukanlah penghalang kita melakukan aktiviti kegemaran, selagi ianya tidak bercanggah. Anda masih boleh bersenam, bekerja seperti biasa dan untuk yang gemar bercuti, bolehlah rancang trip percutian anda.

Salah satu negeri yang kami cadangkan ialah Pahang yang terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia. Negeri terbesar ini bukan sahaja kaya dengan kawasan hutan simpan, flora dan fauna serta kawasan tanah tinggi dan air terjun, tetapi ada banyak lokasi pelancongan menarik dan unik yang boleh anda terokai.

Ha, jangan tak tahu di Malaysia pun ada lokasi unik yang anda boleh pergi tengok. Tak jauh pun, di Pahang je. Ini kami kongsikan 5 lokasi dan sebab kami katakan destinasi pelancongan ini unik.

5 Lokasi Percutian Unik Di Pahang

#1 Pantai Batu Hitam 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Alex Ho (@segahwhwa)

Pantai popular ini terletak di Beserah, kira-kira 7 kilometer dari pusat bandar Kuantan. Apa yang uniknya tentang pantai ini ialah adanya batuan kehitaman ini adalah sejenis batuan basalt iaitu batuan gunung berapi yang terhasil akibat fenomena semulajadi. Uniknya, tiada gunung berapi pun berhampiran pantai ni.  

#2 Air Terjun Pelangi 

Salah satu lokasi unik yang anda kena pergi kerana di sini anda boleh melihat 7 warna pelangi betul-betul di atas kepala. Fenomena ini hanya terjadi dalam lingkungan jam 8 ke 10 pagi sahaja.

Jadi untuk anda yang merancang ke sini, kenalah bertolak awal. Selain lokasinya jauh ke dalam Hutan Simpan Remen Cereh, laluan berbatu menyukarkan perjalanan.

#3 Bukit Tinggi 

Ini salah satu tempat percutian menarik yang terletak di daerah Bentong. Bukit Tinggi ni memang unik! Selain suhunya sejuk, percutian ke sini membuatkan anda terasa seperti berada di perkampungan Jepun dan Perancis.

Bolehlah bergambar di hadapan bangunan yang mengambil inspirasi daripada Colmar Village Alsace di Perancis dan bergaya dengan kimono di perkampungan Jepun.

#4 Mossy Forest 

Jangan lupa yang Cameron Highlands juga terletak di Pahang. Selain bergambar di ladang teh, menikmati scone dan memetik strawberi, pastikan anda tuju ke Mossy Forest. Sebuah hutan lumut berkeluasan 914 hektar yang tersenarai di kedudukan ke-lima senarai Lonely Planet sebagai Most Instagrammable Forests In The World.

Memang cantik! Bila berada di sini seperti kita berada dalam scene filem Lord Of The Rings atau Avatar. Menariknya, jika anda pergi ke kawasan puncak di menara anda dapat melihat dua negeri dalam Malaysia iaitu Pahang dan Perak. Unik, kan?

#5 Tasik Biru Bukit Ibam Muadzam 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aina___ (@ainaa_ahmad_)

Lokasi ini agak tersorok di Bukit Ibam Muadzam. Tasik yang terletak tidak jauh dari Pangkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia ini terhasil daripada projek perlombongan.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Uchi Jep (@uchi_jepp)

Uniknya, air tasik ini berwarna biru terang dan tiada hidupan akuatik di tasik ini sebab ianya tidak selamat untuk dijadikan lokasi mandi manda, memancing atau rekreasi.   

Macam mana? Unik kan destinasi pelancongan di Pahang ni? Untuk anda yang merancang nak terokai keunikan negeri Pahang ni, kami cadangkan anda guna BizZakat bagi memudahkan anda mencari lokasi berbuka puasa, tempat penginapan atau pun agensi pelancongan.

Nak Cari Perniagaan Pembayar Zakat? Gunakan BizZakat

Poster BizZakat Portal Usahawan Zakat Pahang

Kredit: BizZakat

BizZakat ni adalah satu platform digital yang mengandungi direktori usahawan Muslim berzakat di Pahang yang menyenaraikan pelbagai servis dan perkhidmatan yang ditawarkan di negeri Pahang. Lebih menarik, perniagaan yang ada di direktori ini adalah produk usahawan Muslim pembayar zakat di Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZP).

Nak cari tempat tinggal, masakan popular Pahang, chalet-chalet tepi pantai ataupun tempat tumpuan pelancong yang terdapat dalam negeri Pahang pun senang. Orang Pahang sendiri pun boleh guna untuk dapatkan apa jua servis yang diperlukan seperti tempat makan, pusat servis kereta, penginapan, pembekal barangan runcit, pusat penjagaan haiwan, kedai serbaneka, servis lokal termasuk usahawan asnaf.

 

Senang je nak guna. Laman webnya mesra pengguna, tab navigasi kemas dan paling penting sangat mobile friendly. Kiranya anda boleh akses portal ni menggunakan dekstop atau peranti pintar dengan mudah,

Macam Mana Nak Mendaftar Sebagai Usahawan BizZakat?

Jika anda seorang usahawan Muslim yang membayar zakat di PKZP, anda hanya perlu daftarkan perniagaan di https://bit.ly/3vp6sFH secara PERCUMA. Rugi kalau anda tak jadi sebahagian BizZakat ini yang memberikan promosi dan bantuan usahawan secara percuma untuk produk jualan anda.

 

Apa tunggu lagi? Mohlah kita jalan-jalan ke Pahang. Layari laman web BizZakat atau Facebook BizZakat untuk info lanjut.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}