Kredit gambar utama: collectionsmauiinc.com
Berapa batang straw yang korang guna setiap hari? Tu belum masuk bilangan straw yang digunakan hujung minggu, ketika keluar dengan family dan kawan-kawan. Tahukah korang straw antara 10 items paling top ditemui di tepi pantai dan sudah tentu sebahagian besarnya dibawa arus ke laut. Tahukah korang setiap batang straw pula ambil masa lbih 100 tahun untuk diuraikan dan rakyat malaysia secara totalnya menggunakan lebih daripada 31 juta straw setiap hari?
Jom join kempen #TakNakStraw! Selain mesra alam, ada macam-macam fesyen dan warna yang boleh korang pilih. Straw ni tak banyak pilihan corak, sesuailah untuk korang yang suka sesuatu yang praktikal.
#1 Straw Besi
Kredit: Sincerely Sweet Boutique
Ni yang biasa, straw paling common. Ramai yang pilih straw ni kerana tahan lebih lama. Kata orang menang membeli, alah memakai.
#2 Straw Buluh
Kredit: The Usuk Initiative
Ha, nampak macam sumpit kan? Memang stylo la beb.
#3 Straw kertas
Kredit: bonappetit.com
Straw kertas ni memang la hanya digunakan sekali, tidak praktikal tetapi memberi lebih pilihan untuk korang yang sedang plan nak adakan parti tu...
#4 Straw Silikon
Kredit: softystraws.com
Straw ini boleh digunakan semula, tidak toksik tetapi tidak boleh digunakan dalam ketuhar gelombang mikro.
Ada banyak straw daripada material berbeza yang lain seperti gandum dan kaca. Anda boleh pilih mana-mana straw yang menjadi pilihan.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.