Kredit: jcomp/Freepik
Buat anda yang gemar menggunakan gincu jenis cecair atau matte, mungkin anda suka dengan koleksi O’Betty LipMatte By Glow Glowing. Dengan harganya yang mampu milik, gincu ni mengandungi bahan semulajadi seperti madu, minyak zaitun, dan shea butter.
Antara kelebihannya termasuklah tekstur matte yang lembut dan ringan, warna yang tahan lama dan tak mudah pudar, cepat kering tanpa merekahkan bibir, tidak melekit, membantu merawat dan melembapkan bibir, serta pelbagai pilihan warna dan perisa yang menarik macam strawberry, grape, pomegranate, mix fruit, bubble gum, dan vanilla! Jom tengok 10 warna gincu LipMatte ni dengan lebih jelas di GEGAR!
Kredit: O’Betty
Dah tengok ke belum? Cantik kan? Kalau tak pasti warna apa yang sesuai dengan tona kulit anda, ikut je cadangan di bawah ni.
Kredit: O’Betty
Setiap gincu ni berharga RM40 (Semenanjung Malaysia) / RM45 (Sabah dan Sarawak. Kalau nak beli atau nak tahu lebih lanjut tentang gincu-gincu ni, anda boleh “LIKE” dan “FOLLOW” laman Facebook atau Instagram O’Betty.
3 langkah mudah untuk habiskan gincu matte hingga ke titisan terakhir
Bila dah tahu warna apa yang anda nak guna, kami ingin berikan anda beberapa tips untuk anda benar-benar habiskan gincu matte yang dipakai agar tak membazir.
Ini kerana gincu jenis cecair dalam tiub yang langsing dengan bukaan yang sangat kecil menjadikannya lebih sukar untuk dihabiskan sehingga ke titisan terakhir. Sayanglah kan terbuang macam tu je, padahal tak habis lagi. Ni tiga langkah mudah untuk habiskan gincu matte:
Langkah 1
Guna pisau atau pisau cukur untuk buka penutup plastik di dalam di bahagian atas tiub.
Langkah 2
Kredit: master1305/Freepik
Guna spatula atau berus bibir terkecil yang anda miliki dan korek/keluarkan semua isi cecair dari tiub. Anda boleh putar spatula/berus tu untuk korek segala lebihan isi gincu yang ada. Ulangi langkah ini beberapa kali untuk mengeluarkan setiap titisan gincu dari tiub.
Langkah 3
Simpan isi gincu matte yang berjaya dikikis di dalam tin atau bekas yang boleh digunakan semula (contohnya macam bekas lipbalm) dan pakai berus bibir untuk menggunakannya. Anda juga boleh gunakan lipstick wand yang sedia ada.
Amalan menghabiskan bahagian terakhir setiap produk alat solek dan penjagaan kulit anda membantu mengurangkan pembaziran. Satu lagi kebaikannya ialah anda boleh jimat lebih banyak kerana produk yang anda sedang guna boleh bertahan lebih lama.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.