Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Varian Delta Menyerang China, Rakyat Akur Kembali Di "Lockdown"

Hampir 2 tahun, nampaknya COVID-19 masih belum reda.
Sofea Shahrol
06 Aug 2021, 10:00 AM

CHINA – 20 bandar dan 12 wilayah di China telah diserang varian Delta menyebabkan negara tersebut mengambil keputusan untuk kembali lockdown pada Isnin yang lalu.

Pemerintah tempatan telah meningkatkan ujian saringan dan mengenakan kuarantin ke atas individu yang sah positif COVID-19. Ini difahamkan kerana sebanyak 55 kes domestik dan asimptomatik telah dilaporkan.

china lockdown

Wilayah Hunan mengarahkan lebih 1.2 juta penduduknya untuk kekal berada di rumah dan seramai 1.5 juta penduduk Zhangjiajie telah dikenakan pelaksanaan perintah berkurung bermula Jumaat ekoran penularan wabak yang berpunca daripada kluster sebuah teater.

Dan di Beijing pula, sebanyak 360 kes domestik berikutan terdapat kluster yang melibatkan seramai sembilan tukang cuci di sebuah lapangan terbang antarabangsa.

china lockdown

Sehingga kini, antara jangkitan baharu yang dilaporkan adalah berlaku di beberapa destinasi pelancongan terkenal seperti Hainan, Ningxia, Shandong dan juga wilayah Henan. Lebih membimbangkan adalah kebanyakan kluster baharu yang wujud melibatkan individu yang telah divaksin.

“Perlindungan vaksin COVID-19 terhadap varian Delta mungkin menurun. Tetapi, vaksin sedia ada mempunyai kesan perlindungan dan pencegahan yang baik terhadap virus bermutasi itu,” jelas Dr Feng Zijian yang merupakan ahli virologi di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) China.

china lockdown

Menurut laporan, sebanyak 54 kes tempatan dan dua kes jangkitan asimptomatik telah dilaporkan setakat 3 Ogos 2021 di Bandar Yangzhou yang terletak di wilayah Jiangsu.

Kredit Foto: ABC News, India Today, Reuters

Sumber: Era Baru

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}