Kadang kala kita akan cuba sedaya upaya nak baca tulisan tangan doktor pada borang preskipsi ubat yang diberikan.
Dalam banyak tulisan yang paling sukar dibaca, tiada tandingan lah dengan tulisan doktor. Memang susah nak baca, bak kata orang putih Impossible!
Tapi apa yang membuatkan tulisan golongan profesional ini seperti cakar ayam? Sebenarnya bukan semua doktor mempunyai tulisan buruk tetapi disebabkan mereka ingin menulis secara dan pantas. Sebab itulah tulisannya kelihatan begitu!
Menurut Celine Thum, seorang pakar perubatan di ParaDocs Worldwide beliau memberitahu, doktor perlu mencatatkan semua perkara berkaitan pesakit untuk direkodkan.
Bayangkan dalam sehari selama 10 hingga 12 jam, ada ramai pesakit yang perlu dirawat mereka membuatkan mereka perlu pantas dan tergesa-gesa ketika menulis.
Dalam pada itu, faktor seorang doktor perlu memeriksa ramai pesakit setiap hari turut membuatkan mereka dalam keadaan tergesa-gesa ketika menulis.
Celine menambah, kebanyakan tulisan tangan doktor boleh bertambah buruk kerana otot-otot kecil di tangan terlalu banyak bekerja.
Selain itu, ada banyak istilah perubatan yang sukar ditulis dengan tangan membuatkan mereka lebih suka menggunakan simbol tertentu.
Namun, di sebalik tulisan 'cakar ayam', para doktor sebenarnya amat berhati-hati dalam menulis sebuah laporan atau preskripsi kerana walaupun satu kesalahan kecil dapat memberi kesan yang besar terutamanya pada pesakit.
Malah Celine sendiri memberi contoh seperti singkatan 'mg' atau 'mcg', biasanya doktor akan menulis dalam perkataan penuh, 'miligram atau 'mikrogram'.
Dalam sebuah laporan pada 2006 didapati, lebih 7,000 pesakit meninggal dunia disebabkan kesalahan tulisan yang sukar dibaca.
Atas sebab itu juga, kini kebanyakan doktor dan hospital sudah menggunakan alatan elektronik bagi mencatat semua perkara mengenai pesakit bagi mengurangkan kesalahan.
Sumber: National Medical Journal of India
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.