Mendapat tidur malam yang baik amatlah penting buat kecergasan badan anda. Perkara terakhir yang anda lakukan sebelum tidur selalunya akan memberi kesan kepada tenaga badan anda pada keesokan harinya. Daripada anda skrol media sosial di smartphone sebelum tidur, di sini ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan sebelum tidur malam.
- Membaca buku
Ini merupakan satu perkara yang ortodoks tetapi ia dapat mengembangkan minda supaya anda dapat tidur dengan tenang. Jika tidak mahu bosan, bacalah keratan akhbar ataupun majalah pilihan hati anda.
- Meluangkan waktu bersama keluarga
Penat seharian bekerja, ambil waktu terakhir sebelum anda tidur ini untuk meluangkan masa dengan keluarga anda. Bersembang dengan pasangan anda ataupun menonton televisyen dengan anak-anak sebelum anda lelapkan mata.
- Senaraikan perkara-perkara yang harus anda lakukan pada keesokan hari
Serabut kepala ini fikirkan tentang perkara yang harus anda lakukan untuk keesokan hari sampai kacau waktu tidur. Senaraikan segala tugasan anda dan buat reminder dekat telefon bimbit anda supaya tidak lupa.
- Muhasabah diri
Ambil sedikit waktu untuk tepuk dada dan muhasabah diri. Berdoa dan bersyukur kepada Illahi atas hari yang diberikan.
- Merancang waktu tidur malam anda
Merancang waktu tidur malam supaya anda dapat tidur yang secukupnya. Jika anda mempunyai masalah tidur ataupun mengalami insomnia, anda boleh minum teh chamomile sebelum tidur.
- Jauhkan diri daripada fikir tentang hal kerja
Ini merupakan waktu untuk badan anda berehat, jadi jauhkan diri daripada segala benda yang berkaitan dengan kerja supaya anda dapat tidur dengan tenang dan nyenyak.
Sumber: Business Insider
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.