Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Bapa Tidak Sedar Anak Tiga Tahun Jatuh Dari Kereta

IDRUS, Husna Najwa
08 Apr 2025, 10:17 AM

bapa tidak sedar anak tiga tahun jatuh dari kereta

Foto Hiasan

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun cedera pada bahagian muka dipercayai akibat terjatuh keluar dari sebuah kenderaan di Kilometer 5 Jalan Lipis-Merapoh, semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man, berkata kejadian kira-kira jam 11 pagi dikatakan berlaku ketika mangsa berada di kerusi penumpang belakang Proton Iswara Aeroback dipandu bapanya yang sedang dalam perjalanan dari Kampung Tempoyang untuk pulang ke rumah di Kampung Berembang.

"Hasil siasatan awal mendapati kanak-kanak itu dipercayai terjatuh keluar dari kenderaan melalui tingkap belakang sebelah kiri yang terbuka. Ketika itu, bapanya berumur 36 tahun dikata memberhentikan kenderaan untuk menjawab panggilan telefon.

"Bagaimanapun, bapanya dipercayai tidak menyedari insiden itu dan meneruskan perjalanan hingga ke Kilometer 7 Jalan Lipis-Merapoh sebelum menyedari anaknya tiada di dalam kenderaan.

"Pemandu itu dikatakan cuba mencari tetapi gagal lalu membuat laporan polis di Kuala Lipis," katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Ismail berkata, mangsa dijumpai seorang diri dalam keadaan cedera pada bahagian muka oleh orang awam yang melalui jalan berkenaan, lalu dibawa ke Balai Polis Padang Tengku sebelum menerima rawatan di Hospital Kuala Lipis.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan dan polis memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian itu untuk tampil membantu siasatan.

Sumber: Bernama

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us