Pernahkah anda merasa seakan-akan terbakar di dada, diikuti sendawa dan juga batuk teruk?
Jika YA, besar kemungkinan asid perut anda sudahpun naik hingga ke kawasan bawah esofagus, yang menyebabkan pedih ulu hati.
Pedih ulu hati terjadi apabila injap pada atas perut yang dikenali sebagai lower esophageal sphincter (LES) tidak tertutup yang menyebabkan asid boleh masuk ke saluran esophagus yang tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia.
Ada kes pesakit yang mengalami masalah pedih ulu hati selepas mengambil makanan berat, dan ada juga pesakit yang rasa sakit akibat daripada pengambilan makanan yang tidak sihat dan tidak teratur.
Pedih ulu hati yang berlaku sekali sekala adalah tidak perlu dirisaukan, namun jika ia kerap kali terjadi boleh menyebabkan masalah lebih serius, juga dikenali sebagai Gastro Esophageal Reflux Disease (GERD).
Kebanyakkan pesakit boleh mengawal rasa tidak selesa pada ulu hati ini dengan mengamalkan cara hidup sihat dan ubat-ubatan tanpa preskripsi doktor.
Namun jika ia semakin teruk dan tidak terkawal, pemeriksaan rapi oleh pakar perubatan termasuk pembedahan kecil boleh dibuat seperti membetulkan lower oesophageal sphincter bagi memberhentikan tindak balas relux. Pembedahan boleh dilakukan dengan menggunakan laparoskop dan hanya memerlukan rawatan beberapa hari di hospital.
Bagi mengelakkan pedih ulu hati ini daripada terus terjadi, anda dinasihatkan agar menjaga waktu makan dengan mengamalkan jumlah makanan yang sedikit dan lebih kerap. Makan juga dengan perlahan, kunyah makanan dan elakkan daripada terus menelan. Makanlah juga dalam keadaan tenang dan jangan makan ketika sedang rasa bimbang, cemas atau kecewa kerana pada waktu ini akan menyebabkan ketidakhadaman dalam perut.
Dapatkan nasihat daripada pakar perubatan sekiranya anda mempunyai masalah yang serius berkenaan perut anda.
Sumber: Myhealth
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.