Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Baucar Petrol dan Diesel Untuk Anak Perantau Pahang Pulang Beraya

Aimi Amira Nordin
24 Mar 2025, 10:04 AM

Seramai 5,000 anak kelahiran Pahang yang berada di luar negeri menerima baucar pembelian petrol atau diesel bernilai RM50 menerusi program ‘Moh Balik Raya ke Pahang 2025’.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata program berkenaan telah memasuki tahun kedua penganjuran bertujuan menggalakkan anak Pahang untuk pulang ke kampung halaman menyambut Aidilfitri.

“Anak-anak Pahang perlu memberi sokongan kepada kerajaan negeri dalam usaha membangun dan memajukan negeri itu.”

“Pahang akan seiring dengan negeri maju yang lain seperti Pulau Pinang, Selangor dan Johor. Kita harus doakan kesejahteraan negeri kita,” katanya pada program penyerahan baucar berkenaan di Stadium Titiwangsa.

Pegawai Tadbir Sekretariat Perantau Anak Pahang, Syed Anas Syed Ali berkata pihaknya menerima 52,471 permohonan tahun ini, namun hanya 5,000 pendaftaran awal diterima.

baucar petrol dan diesel untuk anak perantau pahang pulang beraya

Foto: Facebook

“Kita akan teruskan program ini dan kita harap ramai lagi anak perantau Pahang yang mendaftar untuk mendapat manfaat ini dan supaya kita tahu berapa ramai perantau yang berada di Kuala Lumpur ini,” katanya.

Zuraini Md Zain, 48, penerima yang berasal dari Raub berkata baucar itu akan digunakan untuk pulang ke kampung halamannya nanti.

“Alhamdulillah, dapat isi minyak atau bayar tol. Saya harap program sebegini dapat diteruskan dan jika ada peruntukan lebih, mungkin boleh dinaikkan jumlah baucar itu,” katanya yang tinggal di Taman Melawati.

Sumber: Bernama

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us