Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Pandang Serius Isu Pelanggaran SOP, Bazar Ramadan Tak Patuh SOP Di Pahang Akan Diarah Tutup!

Di Kuantan sebanyak 30 tapak jualan membabitkan 26 bazar Ramadan dan 4 bazar Aidilfitri
nura
14 Apr 2021, 01:17 PM

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Abdul Rahim Muda berkata jika ada bazar Ramadan yang didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di Pahang akan diarah tutup serta-merta.

pandang serius isu pelanggaran sop, bazar ramadan tak patuh sop di pahang akan diarah tutup!

Menurut beliau, isu pelanggaran SOP dipandang serius oleh pihak berkuasa kerana ia boleh menyebabkan penularan COVID-19.

“Kita akan tutup kalau ada pelanggaran (SOP) ataupun terdapat kes (COVID-19) di kawasan terbabit. Kita berharap, tindakan tegas yang diambil akan dapat mengekang penularan COVID-19," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan pemantauan di bazar Ramadan di sekitar Kuantan pada Selasa.

Sehubungan itu, Abdul Rahim turut memperingatkan para penganjur dan peniaga supaya memainkan peranan masing-masing dalam memastikan para pelanggan turut mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Di Kuantan sebanyak 30 tapak jualan membabitkan 26 bazar Ramadan dan empat bazar Aidilfitri diluluskan pihak berkuasa tempatan dengan pembabitan seramai 1,008 peniaga.

Waktu perniagaan bagi bazar Ramadan adalah dari pukul 3 petang hingga 8 malam bermula 13 April hingga 12 Mei depan dan aktiviti yang dibenarkan adalah jualan makan dan minuman sahaja.

Bazar Aidilfitri pula dibenarkan bermula jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam (17 April hingga 12 Mei) untuk jualan barangan kering dan pelbagai.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}