Ada perkara yang lelaki tak suka ada pada perempuan atau pasangannya, sama juga seperti perempuan. Tapi ada lima perkara ni ramai perempuan tak suka ada pada lelaki terutama pasangannya sendiri.
1. Meninggikan suara
Daripada tinggikan suara, lebih elok cakap dengan baik dan bincang betul-betul. Tinggikan suara hanya menjadikan keaadan lebih teruk.
2. Suka 'cuci mata'
Perempuan mana yang tak cemburu dan sakit hati kalau pasangan kita jenis yang suka sangat 'cuci mata'. padahal pasangan ada depan mata ni. Berani betul !
3. Ego setinggi langit
Semua orang ada ego masing-masing. Tapi tak boleh dinafikan lelaki mempunyai ego yang sangat tinggi. Tapi kalau ego setinggi langit nak buat apa ?
4. Panas baran
Panas baran ni lah perkara paling ditakuti setiap perempuan. Perkara remeh pun boleh naik angin.
5. Main kayu tiga
Haihh ! Inilah masalah paling besar dalam setiap hubungan. Kalau dah tersasar jauh, dah tak ada cara nak berpatah balik tau !
Sumber: EH!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.