Pulau Yap, terletak di Mikronesia, Lautan Pasifik, menggunakan mata wang yang paling besar dan paling berat di dunia.
Mata wang yang dikenali sebagai ‘rai’ telah diamalkan sejak berabad lamanya, mempunyai bentuk leper, digunakan dalam pelbagai tujuan seperti perkahwinan, dan lain-lain adat masyarakat dinegara tersebut.
Dikatakan pada zaman dahulu, masyarakat Yap melihat kewujudan agronite, iaitu bahan yang menghasilkan mutiara di atas batu itu, menjadikan batu itu bernilai dan digunakan sebagai wang syiling.
Nilai bagi setiap syiling itu pula bergantung kepada saiznya. Semakin besar saiz batu, semakin besar nilai wang itu.
Sumber: Elite Daily
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.