Semua orang sudah pasti pernah alami masalah keguguran rambut. Tapi normal ke gugur rambut lebih daripada 150 helaian setiap hari? Atau kalau kita selak rambut, segumpal rambut di tapak tangan?
Sekiranya kamu mengalami keguguran rambut sehingga menyebabkan botak, bengkak, dan gumpalan rambut gugur, itu tandanya kamu harus berjumpa doktor atau pakar dermatologi. Mesti ada masalah dengan rambut kamu yang perlu diberi perhatian lebih.
Menurut American Academy of Dermatologists, keguguran rambut 50 hingga 100 helai setiap hari adalah normal. Bagi orang yang mempunyai rambut lebih panjang, kegugurannya mungkin lebih ketara.
Oleh kerana terdapat 100,000 folikel rambut atau lebih pada kulit kepala setiap orang, keguguran 100 heal rambut sehari tidak memberikan perbezaan yang besar pada penampilan.
Tapi adakah purata keguguran rambut pada lelaki dan wanita sama?
Sebenarnya, para wanita lebih cenderung mengalami keguguran rambut yang lebih banyak setiap hari berbanding lelaki. Tidak ada cara untuk mengakui perbezaannya secara objektif, tetapi melalui gaya dandanan setiap hari dan pewarnaan warna yang kerap memainkan peranan besar.
Kira-kira 40% wanita dipercayai keguguran rambut tambahan setiap hari kerana cara mereka menggayakannya. Wanita juga lebih cenderung daripada lelaki untuk mengalami peningkatan keguguran rambut akibat kejadian hidup seperti kehamilan dan menopaus.
Keguguran rambut itu normal, tetapi jika terdapat gumpalan rambut di sikat atau ketika mandi, sila berjumpa dengan pakar ataupun doktor. Faktor-faktor seperti tekanan, ubat-ubatan dan keadaan perubatan boleh memburukkan keadaan rambut anda.
Sumber: American Academy of Dermatologists / WANISTA
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.