Istilah 5G bermaksud teknologi perhubungan generasi ke-5. Kita mungkin sudah familiar dengan istilah 3G dan 4G dan tidak lama lagi kita akan merasai perubahan kepada 5G pula.
Menurut data daripada Open Signal, kelajuan maksimum yang dicapai oleh 4G sebelum ini adalah 16.8 megabits sesaat (Mbps). Bagaimana pula dengan teknologi 5G kelak?
Apa yang menarik mengenai 5G ini selain kelajuannya, adalah kadar latensi. Kadar latensi 4G adalah sekitar 9 milisaat (ms), bermaksud jika anda menghantar WhatsApp pada seseorang, ia mengambil masa 9 ms untuk sampai kepada penerima.
Berbeza pula dengan 5G, kadar latensinya adalah serendah 1 ms dan hampir kepada kadar ‘real time’ dan tiada penangguhan. Bayangkan anda menghantar pesanan ringkas pada seseorang dan ia sampai pada penerima dalam masa 1 ms sahaja!
Selain itu, 5G juga menghubungkan alatan pintar lain dan kesemua mesin serta robot mampu berkomunikasi sesama mereka dengan lebih cepat. Malah, teknologi 5G juga mampu menjana lebib kirang 3 juta pekerjaan baru pada masa akan datang.
Bagaimana pun, sebelum kita ucapkan selamat datang kepada 5G, diharapkan kawasan-kawasan luar bandar yang masih tidak menerima internet atau mempunyai capaian signal yang lemah dapat diperbaiki terlebih dahulu.
Sumber: Kapital
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.