Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Kemunculan Beruang Matahari Dewasa Gemparkan Penduduk BUGM

IDRUS, Husna Najwa
07 Apr 2025, 03:32 PM

kemunculan beruang matahari dewasa gemparkan penduduk bugm

Foto Tangkap Layar

Lebih 3,000 penduduk di Bandar Utama Gua Musang (BUGM) dikejutkan dengan kemunculan seekor Beruang Matahari dewasa di kawasan perumahan itu.

Kemunculan haiwan liar tersebut sempat dirakamkan oleh penduduk dan tular di media sosial.

Salah seorang pekerja di kawasan BUGM, Nor Amsyar Zinnirah Abdullah, 19, berkata, dia menerima video tular seekor beruang berada di belakang rumah kedai tempat kerjanya kira-kira jam 7 malam.

Ekoran itu, penyelianya berpesan agar para pekerja berhati-hati ketika keluar membuang sampah di kawasan itu.

"Ini kejadian pertama haiwan liar muncul di kawasan perumahan ini dan menimbulkan kebimbangan kerana boleh mengancam keselamatan penduduk.

"Jadi saya harap pihak berwajib dapat mengambil tindakan segera untuk menangkap atau menghalau haiwan liar ini jauh daripada penempatan penduduk," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim berkata, beliau dimaklumkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sudah membuat pemantauan dan melakukan tembakan untuk menghalau beruang terbabit.

Tindakan susulan akan diambil sekiranya beruang liar itu muncul kembali.

"Setakat ini saya difahamkan Perhilitan sudah memantau dan membuat tindakan tembak halau beruang terbabit. Tindakan susulan akan diambil sekiranya haiwan liar ini muncul kembali.

"Sebelum ini pun kita dikejutkan dengan kemunculan Harimau Kumbang di Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Kem Semur. Harap semua penduduk di daerah ini dapat berhati-hati terutama pada waktu malam," katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, pihaknya menerima aduan penduduk dan pemantauan sudah dilakukan di kawasan terbabit.

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang terserempak dengan haiwan liar supaya menjauhkan diri dan tidak melakukan provokasi yang boleh mendatangkan ancaman.

Sumber: Harian Metro

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us