
Foto Hiasan
Pernahkah anda mendengar istilah “Membesarkan anak perempuan dua kali lebih stres berbanding anak lelaki”?. Ini kerana terdapat fakta saintifik yang menunjukkan nota dua kali lonjakan Cortisol menandakan ibu atau penjaga mengalami lonjakan hormon stres yang tinggi ketika membesarkan anak perempuan.
Secara saintifik, hormon Cortisol merupakan penanda tekanan dan kajian menunjukkan hubungan antara jantina anak dengan tahap stres orang tua.

Foto: The Brain Maze
Kajian terhadap interaksi harian dengan anak perempuan menunjukkan korelasi dengan garisan penurunan cortisol yang lebih landai (flattened decline), menunjukkan stres fisiologi yang lebih tinggi pada ibu bapa selepas berinteraksi dengan anak perempuan. Interaksi negatif pada hari tersebut pula dikaitkan dengan tekanan rendah keesokan hari, namun secara keseluruhan corak hormon menunjukkan beban yang lebih tinggi.
Satu kajian longitudal selama 15 tahun mendapati anak perempuan sulung kepada ibu yang mengalami stres tinggi ketika kehamilan menunjukkan tanda adrenarche awal (awal matang fizikal) dan dianggap sebagai adaptasi biologi untuk membantu keluarga sejak usia muda. Fenomena ini dipanggil sebagai ‘Eldest Daughter Syndrome’ dan kerap membawa tekanan tambahan pada anak perempuan itu sendiri.
Kajian ibu dan janin menunjukkan, wanita hamil membawa anak perempuan biasanya mempunyai paras cortisol yang lebih tinggi disokong satu kajian Denmark yang juga menyokong ibu hamil bayi perempuan mencatatkan cortisol lebih tinggi berbanding ibu kepada bayi lelaki. Yang menarik, tahap cortisone (bentuk tidak aktif) lebih tinggi dikaitkan dengan IQ lebih baik untuk anak perempuan, manakala lelaki terkesan IQ rendah jika terdedah kepada cortisol tinggi.

Foto Hiasan
Keberkesanan buffering stres oleh ibu bapa (untuk anak umur 9‑11 tahun) bergantung kepada ciri peribadi seperti tahap pendidikan ibu bap aitu sendiri. Ibu bapa berpendidikan tinggi boleh menyebabkan peningkatan reaksi cortisol anak apabila membantu mereka menghadapi ujian berprestasi, yang mungkin menambahkan stres anak perempuan juga.
Sumber: The Brain Maze
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.