Sadio Mane antara pemain yag menjadi tumpuan untuk musim kali ini. Dilabelkan seorang pemain yang sangat berdedikasi di atas padang dan diakui sendiri oleh pengurus The Reds, Jurgen Klopp.
Malah, pengurus itu turut berkata “Anda tidak perlu menjadi penyokong Liverpool untuk menyukai pemain itu.”
Baru-baru ini tersebar satu klip video pemain itu sedang membersihkan tandas masjid bersama seorang kanak-kanak lelaki. Dikhabarkan kejadian itu berlaku beberapa jam selepas Sadio Mane membantu pasukannya memenangi perlawan keempat berturut-turut Liga di Perdana Inggeris.
Dalam video berdurasi 43 saat itu, Mane kelihatan mengisi air ke dalam baldi dan membantu seorang kanak-kanak lelaki membersihkan lantai. Berdasarkan komen-komen oleh pengguna laman sosial itu, mereka mengatakan klip video itu telah dirakam di tempat wudhu sebuah masjid yang sering dikunjungi Mane iaitu Masjid Al-Rahma di Liverpool.
Sehingga kini, video ini telah ditonton oleh lebih 129,000 dan dikongsi lebih 1.2 ribu.
Semoga kebaikan ini dicontohi oleh kita semua.
Sumber:Facebook Xherdan Shaqirin LFC
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.