Selalunya kita kaitkan bulu roma meremang dengan kewujudan entiti tapi rupanya mereka yang sering meremang bulu roma adalah seorang yang sihat, kaya dan petanda anda seorang yang peramah!
Ni bukan sebarangan cakap tetapi inilah hasil kajian sekumpulan penyelidik dari Universiti Harvard yang diketuai oleh Matthew Sachs.
Kajian dijalankan ke atas sekumpulan peserta di festival Reading and Leeds selama 2 hari pada bulan Ogos yang lalu. Mereka melihat tindak balas kadar degupan jantung ke atas lagu dan melihat tindak balas bulu roma terhadap muzik.
Dalam 45 minit muzik dimainkan, kira-kira 55% daripada mereka meremang bulu roma. Majoritinya pula wanita. Hasil kajian itu turut dikaitkan dengan cara hidup para peserta. Daripada keputusan itu mereka merumuskan orang yang senang meremang bulu roma adalah orang yang lebih sihat, lebih kaya dan juga seorang yang peramah.
Keputusan kajian ini diterangkan secara penuh menerusi The Goosebumps Theory.
Sumber: Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.