Siapa suka laksa? Makan laksa memang sedap! Tapi ramai yang tak rajin menyediakannya lagi-lagi tentang nak rebus laksa yang mengambil masa yang lama.
Sebenarnya ada cara yang lebih pantas untuk melembutkan laksa tanpa perlu rebis lama.
Rahsia sebalik petua ini adalah kena rendam laksa itu terlebih dahulu.
Caranya:
1. Rendam laksa kering semalaman atau 2 jam.
2. Dengan air rendam itu rebus laksa hingga mendidih dalam 10 minit. Bila mendidih tutup api dan tutup periuk.
3. Biarkan dalam air panas selama 1 jam. Kemudian tapis laksa tapi jangan basuh. Biarkan sahaja dalam penapis. Bila nak makan, ambil sahaja.
Semoga bermanfaat! Selamat mencuba!
Sumber: Suzana Saad
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.