Mulai 7 Julai, anda boleh membuat permohonan mendapatkan moratorium selama 6 bulan.
Peminjam tidak perlu bimbang kerana permohonan untuk mendapatkan moratorium atau lain-lain pakej bayaran balik pembiayaan adalah mudah dan dokumen sokongan tidak diperlukan kerana kelulusan akan diberikan secara automatik.
Ketahui tiga saluran untuk mendapatkannya dengan mudah dan cepat.
1. Borang Web
2. E-mel
3. Panggilan Telefon
Peminjam yang layak akan menerima pengesahan dalam tempoh 5 hari bagi peminjam individu dan 14 hari bagi peminjam PKS.
"Selain moratorium, bank-bank juga akan menawarkan pengurangan bayaran ansuran dan pakej lain, termasuk penjadualan semula dan penstrukturan semula pembiayaan yang sesuai dengan kedudukan kewangan khusus peminjam," kata BNM.
Sumber: Bank Negara Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.