Kita mungkin biasa dengar term, “Mop Lantai”, tetapi pernahkah anda mendengar “Mop Karpet” ?
Mop karpet adalah salah satu teknik untuk membasuh karpet anda dirumah dengan cara paling mudah, supaya karpet anda nampak seakan-akan baru dan juga bebas habuk.
Perkongsian menarik daripada Syarifah Farhana Syed Fadzil menerusi akaun Facebooknya ini juga telah mendapat ribuan share dan ia hanya menggunakan 3 bahan iaitu mop, garam dan pencuci antiseptik Dettol.
Bahan: Mop (jika boleh beli mop baru), air secukupnya, 2 sudu garam dan 1 penutup Pure Dettol.
Cara-cara:
- Panaskan air sehingga mendidih dalam kuantiti cukup untuk menenggelamkan mop.
- Curah air dalam baldi dan letakkan 2 sudu garam berserta Pure Dettol.
- Perah mop sekuat hati sehingga tiada air menitis daripada mop.
- Mop karpet dengan menekan-nekan karpet, atau tenyehkan mop.
- Air mop akan bertukar warna menjadi coklat tanda kotoran karpet. Biarkan karpet kering.
Ada yang pernah cuba?
Sumber: Syarifah Farhana Syed Fadzil
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.