Kadang kala kita suka beli stok cili banyak sekaligus. Lagi-lagi dengan pandemik ketika ini, ramai orang dinasihati supaya kurang menjejak kaki keluar rumah dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19.
Supaya elak pembaziran, anda boleh cuba ikut tips ini supaya cili kekal segar dalam peti sejuk walaupun sudah sebulan disimpan.
Caranya:
1. Cabut semua tangkai cili yang hendak disimpan. Jangan basuh.
2. Ambil bekas, lapik dengan tisu kemudian letak bawang putih yang tidak dikupas. Ini yang membuatkan cili dapat bertahan lebih lama.
Biasanya kita akan simpan cili tanpa letak bawang putih. Jadi anda boleh pratikkan tips ini.
Cara yang sama ini digunakan untuk simpan daun sup dan daun bawang.
Hanya pastikan daun tersebut kering ketika disimpan dan dialas dengan tisu di atasnya sebelum tutup bekas.
Selamat mencuba!
Sumber: Vanilla Kismis
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.