Skin-On Interface telah menghasilkan casing telefon bimbit yang mempunyai sifat 100 peratus sama macam kulit manusia.
Direka oleh kumpulan penyelidik dari Perancis, ia bukanlah casing telefon bimbit yang biasa anda temui dipasaran.
Marc Teyssier yang merupakan salah seorang daripada pereka cipta alat ini berkata, ilham untuk mencipta casing ini ketika melihat interaksi antara manusia melalui kulit.
“Ketika kita berinteraksi, kita gunakan kulit sebagai medium perantaraan.
“Namun, alat komunikasi yang kita gunakan masih mempunyai permukaan yang rata, sejuk dan tidak bersifat semulajadi.
“Justeru, projek ini akan mewakili hubungan sebenar antara manusia, iaitu menggunakan kulit”, katanya.
Skin-On ini juga boleh mentafsir setiap perbuatan yang dilakukan seperti menggeletek, mencubit, menggengam dan mencubit, dimana setiap perbuatan ini boleh digunakan dalam banyak aplikasi sedia ada.
Korang rasa ok ke?
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.