Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Cuaca Panas Dan Kering Bakal Landa Utara Semenanjung, Pahang Dan Kelantan Hingga Mei

Aimi Amira Nordin
12 Feb 2025, 10:09 PM

cuaca panas dan kering bakal landa utara semenanjung, pahang dan kelantan hingga mei

Foto sekadar hiasan

 

Cuaca panas dan kering dijangka akan melanda kebanyakan tempat terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak serta Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei ini.

Menerusi satu kenyataan media, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip menjelaskan negara kini berada pada fasa penghujung Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada pertengahan Mac dan dalam tempoh itu, litupan awan serta taburan hujan akan berkurangan.

 

"Ketiadaan hujan dalam tempoh yang panjang boleh menyebabkan cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan.

"Situasi cuaca panas dan kering yang dialami pada ketika ini adalah fenomena berulang yang berlaku setiap tahun bermula pada Februari hingga Mei," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Dalam pada itu, Hisham menjelaskan dalam tempoh itu, catatan suhu harian tertinggi boleh melebihi 35 darjah Celsius pada awal petang.

Menurutnya, bacaan suhu tertinggi yang dicatat di stesen-stesen jabatan itu seluruh negara semalam pada 11 Februari adalah 36.1 darjah Celsius yang direkod di Felda Teloi Kanan, Baling, Kedah.

Malah, gelombang haba dan jerebu setempat juga berpotensi berlaku dalam tempoh berkenaan, namun keadaan tersebut diramal tidak seteruk tahun lepas disebabkan pengaruh La Nina lemah yang sedang berlaku sekarang dan dijangka berterusan sehingga pertengahan tahun ini.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah penjimatan penggunaan air serta mengelakkan pembakaran terbuka serta mengehadkan tempoh berada di kawasan terbuka memandangkan keadaan cuaca panas dan kering.

Malaysia sentiasa memantau keadaan cuaca di seluruh negara dan orang ramai disarankan supaya sentiasa peka dengan perubahan cuaca serta mendapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial MetMalaysia.

Sumber: Facebook Met Malaysia

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us