Teknologi semakin lama semakin berkembang maju. Perlahan-lahan objek disekeliling kita digantikan dengan sesuatu yang lebih maju, canggih dan memudahkan urusan kita sehari harian.
Berikut adalah objek-objek yang mungkin akan hilang sepenuhnya dalam masa 20 tahun akan datang:
Dompet/Beg duit
Ia bakal digantikan dengan teknologi “Selfie Pay” dimana kita boleh membayar barangan menggunakan selfie kamera.
Tetikus
Tetikus pada komputer mungkin akan digantikan dengan pergerakkan tangan atau mata, tanpa perlu menggunakan peranti tetikus.
Wayar
Wayar pada kebanyakkan peranti akan digantikan dengan teknologi wireless, menggunakan wifi mahupun sistem pengesan tanpa wayar.
Cermin Pandang Sisi
Walaupun masih diperingkat percubaan, cermin pandang sisi akan digantikan sepenuhnya kepada sistem paparan skrin dalaman pada bahagian pemandu.
Tandatangan
Tandatangan akan digantikan dengan sistem biometrik seperti pengecaman wajah, mata dan cap jari.
Perkhidmatan Kurier / Pos
Perkhidmatan penghantaran barang mungkin akan digantikan dengan drone.
Kunci Rumah
Kunci rumah mungkin juga akan digantikan dengan peranti aplikasi pintar pada telefon bimbit.
Apa lagi agaknya benda yang akan hilang dalam masa 20 tahun ini?
Sumber: Brightside
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.