Kedua penyakit ini adalah berbeza biarpun ia mengeluarkan bitnik-bintik merah yang sama. Penting untuk semua orang tahu apa perbezaan antara dua penyakit ini supaya lebih peka serta mengambil tindakan yang sewajarnya dengan lebih berkesan.
Ini perbezaan dua penyakit ini
Demam campak disebabkan oleh virus measles. Setiap kali kena jangkitan ini ia akan disertai dengan jangkitan pernafasan dan ruam pada kulit.
Cacar Air pula disebabkan oleh virus varicella, ini adalah virus yang sama yang menyebabkan kayap.
Cara jangkitan
Kedua penyakit ini mudah dijankiti melalui udara daripada pesakit melalui cecari seperti batuk dan bersin.
Cacar air mudah berjangkit melalui cecari lepuh jika berlakunya sentuhan atau pernafasan manakala bintik merah demam campak tidak berair, jadi jangkitan tidak berlaku melalui sentuhan.
Waktu Jangkitan
Demam campak berjangkit dalam seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya manakalah cacar air berjangkit 1 hingga 2 hari sebelum ruam timbul sehingga ruam kering.
Tanda-tanda
Tanda awal kedua penyakit ini adalah demam. Sakit otot, demam, batuk selesema dan sakit tekak akan menyusul selepas 10-12 hari dijangkiti. Ruam timbul bila suhu demam meningkat.
Ruam pada kulit ketikat sakit merupakan antara ciri-ciri penting yang dapat membezakan penyakit ini. Ruam demam campak tidak gatal dan tiada gelembung air manakalah cacar air timbul seakan bitnik merah kecil dan menyebabkan gatal.
Kedua penyakit ini boleh dicegah awal dengan mangambil suntikan vaksin imunisasi MMR (campak, beguk dan rubella), manakalah untuk cacar air, vaksinnya ialah “varicella”
Sumber : FMT
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.