Ada banyak adat dan kepercayaan di pelbagai negara serata dunia. Antaranya ialah adat dinegara Denmark.
Di Denmark, terdapat satu kepercayaan tradisional dimana anda akan ditabur dengan serbuk kayu manis atau cinnamon sugar jika masih belum berkahwin pada usia 25 tahun.
Dipercayai amalan tradisi ini bermula beratus tahun yang lalu ketika pengembara yang menjual rempah masih tidak berkahwin sekian lamanya. Golongan ini dikenali sebagai Pebersvends atau Pebermo. Bau rempah yang kuat pada golongan ini mungkin menjadi sebab kenapa mereka tidak berkahwin, menyebabkan mereka ditaburkan sebuk kayu manis sebagai cara membuang bau rempah itu.
Walaupun secara tradisinya amalan ini diamalkan secara sekadar suka-suka, purata lelaki di Denmark berkahwin pada usia 34 tahun dan wanita pula pada usia 32.
Sumber: The Independent
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.