Keenam-enam rakyat Malaysia termasuk seorang artis kelahiran Kelantan yang disyaki memiliki dadah jenis pil kuda dihantar ke Penjara Narathiwat sebelum dibicarakan atas dua pertuduhan.
Mereka didakwa atas pertuduhan memiliki dadah jenis pil kuda dan juga memasuki Thailand tanpa dokumen yang sah.
Menurut jurucakap Mahkamah Narathiwat seperti yang dilaporkan Awani, keenam-enam suspek akan ditahan hingga siasatan selesai.
Media sebelum ini melaporkan enam rakyat Malaysia termasuk seorang artis kelahiran tempatan dari Kelantan ditahan dalam serbuan yang dijalanka oleh polis Thailand di sebuah hotel dekat pekan Sungai Golok, sekitar jam 6 pagi, Jumaat.
Sumber : Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.