Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Enam Sekeluarga Dah 10 Tahun Duduk Di Rumah Usang Atas Air

Kediaman itu menjadi syurga kecil buat pemandu rumah bot sekeluarga.
nura
25 Jun 2021, 02:50 PM

Ketika orang lain hidup di kediaman yang selesa namun berbeza dengan nasib enam sekeluarga yang menghuni rumah di atas air sejak 10 tahun lalu di Tasik Kenyir yang uzur dan usang bagi berlindung daripada panas dan hujan.

Kediaman itu menjadi syurga kecil buat pemandu rumah bot, Samsuddin Khalid, 45 tahun, bersama isteri, Norfarhana Yusof, 30 tahun, serta empat anak mereka yang berusia antara lapan bulan hingga 11 tahun.

enam sekeluarga dah 10 tahun duduk di rumah usang atas air

Menurut Samsuddin, dia bersama isteri dan anak sulung sebelum ini tinggal di rumah keluarganya di Kampung Basung, Hulu Terengganu namun mereka berpindah kerana mahu berdikari dan menyewa di luar.

Namun, pendapatan yang tidak menentu menyebabkan dia membuat keputusan tinggal di rumah rakit selama hampir sembilan tahun sebelum berpindah ke rumah bot apabila rumah rakit yang didiami semakin uzur sejak tahun lalu.

"Harapan kita kalau ada yang nak bagi bantuan rumah tu memang kita setujulah.

"Untuk kemudahan anak-anak dan keselamatan anak-anak kita sebab duduk sini di tasik ni nak mandi apa merbahayalah. Angin lagi, ribut lagi, musim tengkujuh lagi," katanya.

Tambahnya lagi, sudah tentu dia mengidamkan kediaman buat dia sekeluarga apatah lagi anak-anaknya semakin membesar. Namun, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dia tidak dapat bekerja ketika ini menyebabkan pendapatannya sebanyak RM1,000 sebulan terputus.

enam sekeluarga dah 10 tahun duduk di rumah usang atas air

Ketika musim tengkujuh, Norfarhana akan sering berasa resah apabila berlakunya kenaikan paras air serta ribut. Mereka juga sering berdepan ancaman haiwan berbisa.

Tambahnya lagi, sepanjang menghuni di atas rumah bot itu, mereka bergantung sepenuhnya kepada air tasik untuk kegunaan harian seperti mandi dan memasak.

"Bila hujan rumah basah, terpaksa meniti bila jauh dari darat ni," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Datuk Rozi Mamat berkata, kesusahan dihadapi Samsuddin dan keluarganya sememangnya dalam perhatian pihaknya sejak Februari lalu.

Katanya pihaknya terus mengambil tindakan dan membuat permohonan kerajaan pusat melalui Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad untuk membina sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk keluarga Samsuddin.

enam sekeluarga dah 10 tahun duduk di rumah usang atas air

"Kita telah kenal pasti di Kampung Basong tanah orang tua dia. Dan orang tua dia telah setuju untuk beri sebahagian tapak rumah kepadanya dan juga anak-anaknya.

"InsyaAllah dalam masa sehari dua ini dalam proses pelantikan kontraktor untuk pembinaan rumah," ujarnya.

Beliau berkata permohonan itu telah diluluskan dan menjangkakan rumah PPRT bernilai RM60,000 itu dapat siapkan dalam tempoh sebulan lebih sejurus pelantikan kontraktor selesai.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}