Nasi adalah makanan yang sangat penting dalam kehidupan harian. Nasi adalah makanan utama orang Asia. Boleh dikatakan setiap hari mak kita akan masak nasi. Kadang-kadang pelik juga bila nasi yang baru sahaja masak dalam tempoh beberapa jam mula basi, tak sampai 24 jam lagi.
Banyak tips untuk elakkan nasi cepat basi contohnya periuk dibasuh sehingga bersih sebelum digunakan. Jangan risau, korang boleh cuba tips ini untuk nasi kekal tahan lama dan tak cepat basi.
Asam keping dan garam berfungsi sebagai pembunuh kuman dan bakteria pada periuk. Periuk nasi yang banyak bakteria dapat membuatkan nasi anda cepat basi. Ikuti cara ni untuk nasi tahan lebih lama.
Basuh periuk nasi dengan sabun kemudian isi air dengan penuh ke dalam periuk dan didihkannya. Ambil 4 genggam garam dan segenggam asam keping. Biar ia mendidih selama satu jam. Selepas itu biarkan selama 10-15 minit dan bersihkan periuk itu sekali lagi.
Boleh ulang cara ini setiap kali selepas masak nasi. Cara ini membantu mengekalkan kesegaran nasi dan tahan lama. Bakteria adalah punca nasi cepat basi, pastikan periuk nasi sentiasa bersih sebelum dan selepas digunakan.
Sumebr: Mingguan Wanita
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.