Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Apa Agaknya Hadiah Tak Ternilai Yang Diberikan Ibubapa Kepada Anak-Anak?

Bukan senang kita nak bergelar ibubapa. Banyak keperluan anak-anak perlu didahulukan.
Editor
16 Apr 2018, 05:18 PM

Ibubapa mana yang sanggup lihat anak mereka susah? Rawan hati melihat anak jatuh sakit walau hanya demam biasa. Mereka sanggup bersusah payah, membanting tulang, tak cukup tidur dan rehat asalkan anak-anak bahagia. Selain doa yang tak putus, inilah pemberian tak ternilai ibubapa untuk anak-anak sebagai bekalan setelah mereka tiada dan supaya pahala mengalir sentiasa.

Tanggungjawab dan Harapan

apa agaknya hadiah tak ternilai yang diberikan ibubapa kepada anak-anak?

Kredit: Shutterstock

Sudah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk menyediakan keperluan makan minum, tempat tinggal, dan pendidikan sebaiknya kepada anak-anak. Semuanya dilakukan dengan penuh kasih sayang. Harapannya hanya satu, untuk melihat anak-anak membesar menjadi insan yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.

Membentuk Sahsiah Anak-anak

apa agaknya hadiah tak ternilai yang diberikan ibubapa kepada anak-anak?

Kredit: Shutterstock

Selain keperluan material, jiwa dan roh anak-anak dilengkapkan dengan penerapan nilai-nilai murni agar sahsiah mereka dapat dibentuk sejak kecil. Siapa lagi yang boleh menjadi suri teladan terbaik untuk anak-anak kalau bukan ibubapa mereka sendiri?

Jika kita mahukan anak-anak mempunyai sifat pemurah, kita terlebih dahulu perlu banyak bersedekah dan melakukan kerja-kerja kebajikan. Sebaiknya amalan baik ini dilakukan bersama anak-anak.

Kita Merancang, Tuhan Yang Menentukan

apa agaknya hadiah tak ternilai yang diberikan ibubapa kepada anak-anak?

Kredit: Shutterstock

Ketika hidup kita boleh memastikan keperluan anak-anak lengkap tersedia. Bagaimana pula setelah kita dipanggil pergi? Ibubapa mana yang tidak risaukan anak-anak mereka lebih-lebih lagi jika mereka masih kecil. Siapa yang akan menjaga anak-anak, ada atau tidak tempat tinggal yang selesa dan cukupkah keperluan harian? Bagaimana pula dengan amalan-amalan yang telah dilakukan sepanjang hidup... Adakah cukup untuk bekalan di dunia sana?

#HibahDemiJannah

apa agaknya hadiah tak ternilai yang diberikan ibubapa kepada anak-anak?

Kredit: Shutterstock

Bermacam-macam persoalan bermain di benak. Jika anda ibubapa yang masih terfikir-fikir tentang masa depan anak-anak dan bekalan diri, i-Great Jannah ada jawapannya. Dengan i-Great Jannah dari Great Eastern Takaful, anda bukan sahaja boleh memberi hibah untuk anak-anak tetapi hibah juga boleh diberikan kepada organisasi pilihan seperti rumah anak yatim, rumah warga tua, surau atau masjid. Selain memastikan kebajikan anak-anak kita dijaga, amalan ini memberi pahala berterusan dan bekalan sepanjang zaman.

Dengan i-Great Jannah, anda bukan sahaja mendapat perlepasan cukai tetapi boleh memilih untuk mendapatkan perkhidmatan tambahan seperti Haji Badal dan Waqaf. Perkhidmatan Haji Badal ni memastikan haji anda dapat ditunaikan setelah anda tiada. Dengan perkhidmatan Waqaf pula, sejumlah wang yang telah dipersetujui oleh anda akan disalurkan ke badan waqaf. Sebagai ganjaran, pahala bak air mengalir menanti anda. Inilah yang dinamakan pemberian kasih sayang abadi hingga ke jannah.

Nak tau lebih lanjut tentang i-Great Jannah? Layari Great Eastern Takaful untuk info lanjut!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}