Dalam tempoh peralihan monsun, kilat dan ribut petir dijangkakan sering terjadi dikebanyakkan kawasan terutamanya dikawasan tropika seperti Malaysia.
Sejak dari dahulu lagi, kita diingatkan agar tidak menggunakan telefon bimbit lebih-lebih lagi jika keadaan diluar sedang ribut petir dan kilat.
Namun begitu, menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, (MetMalaysia), Jailan Simon berkata, penggunaan telefon bimbit ketika ribut petir adalah selamat jika dibandingkan dengan telefon yang disambungkan dengan kabel telefon dalam sesebuah bangunan.
Menurut Jailan, wujud kemungkinan disambar kilat sekiranya telefon bimbit sedang dicas dengan wayar pengecas yang mempunyai plan dan digunakan semasa kejadian ribut petir.
Menurut kajian MetMalaysia, terdapat 132 kes kematian direkodkan akibat daripada panahan petir dalam tempoh 10 tahun iaitu dari 2008 hingga Ogos 2019. Daripada jumlah itu, kawasan pantai barat Malaysia merekodkan kematian tertinggi iaitu 89 mangsa, diikuti Pantai Timur dengan 22 mangsa dan Sabah Sarawak dengan 21 mangsa.
Sekiranya anda berhadapan dengan mangsa yang disambar petir, segera hubungi talian kecemasan dan laporkan kepada pihak berkuasa dan hospital.
Sumber: Bernama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.