Sudah menjadi adat perkahwinan bila pengantin menukar hadiah hantaran. Ramai lebih memilih untuk memberikan hantaran yang lebih bermakna dan berharga untuk pasangan masing-masing, misalnya telekung, dompet, kasut dan jam tangan berharga.
Namun lain pula bagi pasangan pengantin ini apabila mereka memilih untuk memberikan hantaran berupa barangan elektrik dan keperluan rumah.
Dipetik daripada laman Twitter @ayumijaissaki, foto hantaran yang diambil menerusi Instastory itu menunjukkan pasangan pengantin berkenaan saling bertukar barangan keperluan rumah sebagai barang hantaran mereka.
“Wehh tak terfikir pun nak bagi hantaran macamni. This is brilliant cause you need this more than an expensive wallet,”, tulisnya pada kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan idea hantaran seperti ini.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.