Tidak ramai yang cintanya disambut oleh orang yang mereka dicintai. Akibatnya, mungkin seseorang itu mula meroyan dan patah semangat.
Namun begitu, ada juga yang berkhayal konon cintanya dibalas semula. Hal ini dikenali oleh pakar psikologi sebagai Erotomania Syndrome.
Erotomania Syndrome ialah perasaan delusi atau khayalan seseorang bahawa dia dicintai oleh orang lain. Padahal orang lain itu tidak mempunyai perasaan serupa terhadap penghidap erotomania ini.
Erotomania sebenarnya juga berbentuk dari gangguan keperibadian saat seseorang itu memiliki keyakinan bahawa orang lain memendam perasaan cinta kepada si penderita atau ingin memiliki sesuatu bentuk perhubungan.
Ia menyebabkan tekanan perasaan seterusnya pesakit akan menyalahgunakan ubat-ubatan, menyebabkan kegagalan pada fungsi otak.
Sumber: Medical News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.