Panau atau nama saintifiknya ‘tinea versicolor’ adalah sejenis jangkitan kulat yang disebabkan oleh kulat yang nama saintifiknya genus Malassezia. Jangkitan ini kebiasaannya akan terjadi kepada individu yang mendiami Kawasan tropika dan sub tropical serta boleh berlaku kepada haiwan.
Punca berlakunya panau adalah daripada kulit yang berminyak, penghasilan peluh yang berlebihan, system imun yang tidak kuat, cuaca panas dan lembab, kurang menjaga kebersihan diri dan kerap memakai pakaian yang lembab atau basah. Jangan risau ! kerana panau boleh dirawat dengan menggunakan :
Buah pinang
Sapukan air perahan buah pinang pada bahagian panau dan amalkan.
Halia
Tumbuk satu inci halia dan tepek pada bahagian yang kena panau. Biarkan selama setengah jam dan basuh dengan bersih.
Daun kesum dan minyak tanah
Campurkan segenggam daun kesum dan minyak tanah. Sapukan pada bahagian panau dan amalkan setiap hari.
Lengkuas
Tumbuk lengkuas dan ambil perahan airnya. Sapukan air lengkuas pada bahagian yang berpanau.
Selain bahan diatas, ada banyak lagi kaedah tradisional yang anda boleh gunakan. Namun yang terbaik dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar kulit dan rawatan yang sesuai di hospital berdekatan ya!
Sumber: carahilangkanpanau
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.