Bila kali terakhir anda mencuci jam tangan anda?
Menurut kajian oleh Tic Watches, jam tangan yang kita pakai sebenarnya adalah 8 kali lebih kotor berbanding dengan tandas.
Kajian yang dijalankan menunjukkan satu daripada empat individu di Britain tidak pernah mencuci jam tangan mereka. Jam yang paling kotor ialah jam yang digunakan sebagai penjejak kecergasan.
“Sama ada pakai harian atau sewaktu kerja sahaja, satu perkara pasti, kita tak cuci jam tangan sebagaimana kita cuci tangan.
“Malangnya, tak semua jam kalis air. Jadi elakkan sentuhan jam dengan air sewaktu memakainya untuk mengelakkan bakteria”, kata pengarah urusan Tic Watches, Daniel Richmond.
Kajian tersebut dijalankan menggunakan 10 jenis jam berbeza.
Sumber: The Sun
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.