Rata-rata rakyat Malaysia ketika ini tidak berdiam diri apabila bangkitnya isu Israel dan Palestin. Ramai mula bersuara dan berkongsi info di media sosial berkaitan info terkini sebagai tanda solidariti rakyat Palestin terutamanya di Gaza.
Sebagai tanda solidariti, menara jambatan angkat Terengganu disinari limpahan cahaya lampu warna bendera Palestin.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TI Properties Sdn Bhd, Khalizan Mahmud, lampu itu mula dipasang sejak 17 Mei pada pukul 7 malam selama tujuh hari berturut-turut.
“Disebabkan ketika ini adalah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), maka tempoh pemasangan lampu adalah selama lima jam sahaja setiap hari sehingga 12 tengah malam.
“Semoga limpahan cahaya lampu berwarna ini akan terus menyuburkan semangat kita semua untuk konsisten menyokong perjuangan rakyat Palestin,” katanya.
Jambatan yang menjadi ikon kebanggaan Malaysia itu mula dibuka kepada orang ramai pada 2019 dan merupakan jambatan angkat yang pertama di Asia Tenggara.
Sekadar info serangan ke atas Semenanjung Gaza, Palestin terus berlaku dengan pencerobohan Israel dari pelbagai arah termasuk udara dan darat.
Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) Gaza, jumlah mangsa pencerobohan meningkat kepada 231 orang syahid termasuklah 63 kanak-kanak, 36 wanita dan 16 warga emas. Sebanyak 1,530 orang cedera sejak bermulanya pencerobohan di Gaza.
Sumber: BERNAMA / Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.