Drawbridge merupakan jambatan angkat pertama di Asia Tenggara telah mula dibuka kepada umum pada 1 Ogos 2019. Jambatan bernilai RM248 juta itu menghubungkan muara selatan di pusat bandaraya Kuala Terengganu dengan muara utara di Seberang Takir, Kuala Nerus.
Kini, Galeri Skybridge juga telah dibuka kepada umum dan pengunjung mampu menikmati permandangan indah dari tingkap kaca disini. Memang cantik weh!
Menurut portal Libur, galeri ini dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari dengan bayaran tiket. Disini, anda berpeluang untuk meninjau permandangan indah sambil melihat koleksi lukisan pelukis tempatan.
Untuk keselesaan, skybridge ini dihadkan kepada 70 hingga 80 orang dalam satu-satu masa. Memang best gila!
Sumber: Libur / Bernama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.