Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Jangan Abaikan Keperluan Rehat, Rancang Cuti Sebelum Terlambat

ROSTAM, Mohamad Firdaus
08 Jul 2025, 03:01 PM

jangan abaikan keperluan rehat, rancang cuti sebelum terlambatFoto: X

Dalam kesibukan rutin harian yang tidak berkesudahan, ramai dalam kalangan masyarakat hari ini cenderung untuk menangguhkan cuti atas alasan “belum cukup penat” atau kerana beranggapan waktu rehat masih boleh ditangguhkan. Namun begitu, pakar kesihatan awam mengingatkan bahawa keperluan untuk berehat bukan hanya bersifat fizikal, tetapi juga penting untuk kesejahteraan mental dan emosi.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh Public Health Malaysia di platform X (dahulu dikenali sebagai Twitter), pihak mereka mengajukan satu persoalan penting kepada orang ramai:

“Bila kali terakhir anda rasa hidup betul-betul tenang? Kita selalu tangguh cuti. Katanya belum ‘penat sangat’, belum ‘paling teruk’, belum ‘paling perlukan’.”

Hantaran itu menggesa masyarakat agar tidak menunggu sehingga benar-benar keletihan atau menghadapi tekanan emosi yang kronik sebelum mengambil langkah berehat. Mengutamakan kerja tanpa henti secara berpanjangan bukan sahaja mengundang keletihan fizikal, bahkan boleh menjejaskan kesihatan mental dan hubungan sosial.

Antara tanda-tanda seseorang perlu segera merancang cuti termasuklah:

  • Bangun pagi dengan rasa kosong, bukan kerana malas, tetapi kerana ketiadaan motivasi atau semangat.
  • Kerja dilakukan secara automatik, hanya mengikut rutin tanpa sebarang rasa keterlibatan atau kepuasan.
  • Perubahan emosi yang ketara, seperti mudah marah atau hilang sabar tanpa sebab yang jelas.
  • Mengabaikan keperluan diri sendiri, seperti corak pemakanan yang tidak teratur, gangguan tidur atau rasa letih berpanjangan.
  • Sering teringat percutian terdahulu, sebagai usaha bawah sedar untuk mencari ketenangan yang pernah dirasai.

Keadaan ini, sekiranya berlarutan, boleh membawa kepada sindrom keletihan melampau atau burnout yang memerlukan rawatan lebih serius. Justeru itu, masyarakat disarankan untuk mula merancang waktu rehat secara berkala, walaupun sekadar satu hari untuk menjauhkan diri daripada tekanan rutin kerja.

Mengambil cuti bukanlah tanda kelemahan atau kemalasan, sebaliknya ia merupakan bentuk penjagaan diri yang penting bagi memastikan kesihatan mental dan fizikal kekal seimbang. Seperti mana tubuh memerlukan tidur setiap malam, jiwa juga memerlukan ruang untuk bernafas agar tidak tenggelam dalam desakan hidup yang tidak pernah henti.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us