Dr. Shigeaki Hinohara, seorang ahli fizik yang juga merupakan pengerusi emeritus di St. Luke International University and Hospital, telah berkerja hingga usianya 105 tahun.
Beliau yang telah di temuramah oleh Japan Times journalist Judit Kawaguchi berkata, beliau telah menggariskan beberapa panduan asas untuk seseorang itu hidup dengan lebih lama, salah satu daripadanya ialah jangan bersara.
“Jika perlu bersara, pastikan anda bersara selepas usia 65.”, katanya yang berkerja sehingga 18 jam sehari.
Dr. Shigeaki Hinohara bagaimanapun telah mengembuskan nafas terakhirnya pada usia 105 tahun pada 18 Julai 2017 lalu.
Menurut statistik, purata usia penduduk Jepun sehingga tahun 2015 adalah sehingga usia 84 tahun.
Selain daripada itu, antara garis panduan yang dinyatakan oleh Hinohara adalah seperti:
#1 Kurangkan rasa bimbang dan cukup tidur
#2 Jaga permakanan
#3 Jangan terlalu ikut apa pesanan doktor (Serius ke ni?)
#4 Sentiasa bergembira
#5 Gunakan tangga untuk otot anda selalu berfungsi.
Sumber: Business Insider
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.