Ramai yang memilih untuk tidak memakan kulit ayam kerana dikhuatiri meningkatkan tahap kolestrol dan juga membuatkan berat badan bertambah.
Namun tahukah anda, menurut laporan portal kesihatan Stethnews.com, kajian yang dijalankan beberapa pakar kesihatan di Universiti Harvard mendapati kulit ayam tidak memberikan sebarang masalah kesihatan, malah ia juga dilaporkan baik untuk jantung anda.
Menurut kajian terbabit, lemak kulit ayam tergolong dalam kategori lemak tidak tepu dan lemak jenis ini mampu mengurangkan tekanan darah tinggi dan paras kolestrol yang buruk.
Malah, kalori dalam kulit ayam juga tidak terlalu tinggi sehingga boleh menyebabkan kegemukkan, jika ia diambil dengan kadar sederhana.
Tambah lagi, kulit ayam mampu menghalang minyak daripada meresap masuk terus kepada isi ayam yang dimasak.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.