Dipetik daripada portal Remaja, Dr. Asmi Syabil yang juga bertugas sebagai Pegawai Perubatan Kecemasan menerangkan, antara sebab kesesakkan di unit kecemasan adalah kerana banyak kes-kes yang bukan kecemasan, dan ia boleh dirawat di klinik biasa atau jabatan pesakit luar.
Pesakit-pesakit biasanya mengalami demam biasa, batuk, selsema, cirit-birit dan gatal-gatal badan. Ini juga boleh dirawat dirumah menggunakan ‘First Aid Kit’.
Berikut adalah 15 jenis ubat yang boleh digunakan untuk merawat penyakit bukan kecemasan seperti:
#1 Paracetamol 500mg
-Digunakan untuk merawat demam ataupun sebagai ubat tahan sakit ringan seperti sakit kepala.
-Disyorkan: 2 biji, 3 kali sehari.
#2 Loratadine 10mg
-Digunakan untuk mengurangkan alahan, gatal-gatal, mata berair.
-Disyorkan: 1 biji sekali sehari.
#3 Chlorpeniramine 4mg (Piriton)
-Digunakan untuk mengurangkan alahan atau gatal-gatal.
-Boleh menyebabkan mengantuk.
-Disyorkan: 1 biji, 3 kali sehari
#4 Diclofenac sodium 50mg (Voltaren)
-Digunakan untuk mengurangkan keradangan atau kesakitan
-Elakkan pengambilan ketika perut kosong
-Disyorkan: 1 biji 3 kali sehari bagi kesakitan berterusan, atau 1 biji apabila perlu
#5 Metoclopramide HCI 10mg (Maxolon)
-Digunakan bagi merawat loya atau muntah dan untuk migrain.
-Disyorkan: 1 biji, 3 kali sehari atau sebiji apabila perlu.
#6 Buscopan 10mg
-Mengurangkan sakit perut yang memulas-mulas atau kekejangan perut.
-Disyorkan: 1 biji 3 kali sehari atau sebiji apabila perlu.
#7 Ranitidine 150mg (Zantac)
-Mengurangkan rasa sakit perut terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah ulser perut, gastritis dan juga GERD
-Disyorkan: 1 biji, dua kali sehari
#8 Diphenoxylate + Atropine sulphate (Lomotil)
-Merawat cirit-birit.
-Disyorkan: 1 biji, tiga kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu
#9 Activated charcoal 250mg
-Sama seperti Lomotil, ubat ini juga digunakan untuk mengurangkan cirit-birit.
-Dos disyorkan: 1 biji, tiga kali sehari
#10 Oral Rehydration Salt (ORS)
- Merawat cirit-birit bagi menggantikan kembali garam galian yang telah hilang daripada badan supaya fungsi tubuh badan tidak terjejas
-DisyorkanL 1 paket apabila perlu
#11 Mist Magnesium Trisilicate (MMT)
-Mengurangkan pedih ulu hati (heartburn) akibat daripada ketidakhadaman
-Ambil sebelum makan.
-Disyorkan: 15ml, 3 kali sehari
#12 Ubat batuk
#13 Ammeltz yoko yoko
- untuk mengurangkan ketegangan otot.
#14 Chloramphenicol eye drop
- Digunakan untuk jangkitan mata seperti conjunctivitis, iaitu bila korang bangun dari tidur tiba-tiba penuh tahi mata dan rasa pedih serta berair.
#15 Termometer
Sumber: Remaja
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.