Raya haji tak berapa hari lagi, korang suka makan ketupat mana? Memang sedap ketupat ni kalau dimakan dengan rendang. Ada yang sampai 10 kali tambah pun tak terasa kenyang.
#1 Kelupis
Kredit: captainsabah.blogspot
Makanan tradisional yang dihasilkan menggunakan beras pulut dan santan. Hidangan ini sangat popular di Pantai Barat Sabah, khususnya etnik Brunei.
#2 Burasak
Kredit: cikmatahariku.blogspot
Makanan yang terkenal di kalangan orang Bugis yang berasaskan beras dan santan dan dibungkus di dalam daun pisang sebelum dikukus. Makanan ini sering disediakan menjelang hari raya.
#3 Ketupat Nasi
Ketupat nasi ni ada banyak jenis, bergantung kepada bentuk anyaman. Ada ketupat satay, ketupat lentera, ketupat ayam jago, ketupat burung, ketupat jantung dan ketupat bawang. Hidangan ini terkenal di kawasan Selatan seperti di Johor.
#4 Ketupat Palas
Hidangan yang terkenal di kawasan pantai timur ini pun ada banyak jenis. Ada ketupat palas kacang, ada ketupat pulut hitam, ketupat lemak, ketupat jagung, ketupat ubi kayu dan ketupat sambal daging.
Pulut Dakap
Kredit: resepimudah.com
Yang ini bukan ketupat tetapi sejenis kuihPantai Timur yang dibuat menggunakan beras pulut yang dibalut daun pisang dan diikat dengan tali. Kemudian dikukus dan dicicah dengan air manisan.Rupanya seakan kelupis cuma, rasanya manis.
Yang mana satu anda paling suka, sampaikan kalau takde rasa seperti raya tak meriah? Atau anda sukakan lemang... Hidangan yang dihasilkan dengan beras pulut, santan dan garam dan dibakar di dalam buluh ni memang sedap dimakan dengan rendang.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.